Siti Sentral

SELAMAT HARI RAYA SITIZONERS!

7/25/2014

0 Comments

 
Ikhlas dari Siti Sentral:
Picture
Salam SESUCI LEBARAN, ANUGERAH AIDILFITRI wajar disyukuri. BILA HARI RAYA MENJELMA, pastinya MERIAH SUASANA HARI RAYA dirasai. 

Kita berkongsi rasa kemenangan dan makna persaudaraan tanpa mengenal benua dan sempadan. NAZAM LEBARAN mengeratkan lagi silaturahim antara satu sama lain dan pastinya AIRMATA SYAWAL menambahkan lagi ingatan kepada yang telah tiada dan saudara-saudara kita yang kala ini menderita mempertahankan tanah air tercinta.

MEKAR HARI RAYA sentiasa terasa kala SUARA TAKBIR dilaungkan di hening pagi mulia. Sambutlah BULAN KEDAMAIAN dengan seribu kesyukuran dan saling memohon kemaafan antara satu sama lain dan memaknakan ukhwah dalam kehidupan.

Salam Aidilfitri seikhlas hati setulus budi daripada SITI SENTRAL buat semua SITIZONERS di mana sahaja anda berada baik di MALAYSIA, INDONESIA, SINGAPURA, BRUNEI dan lain-lain.



SELAMAT HARI RAYA SITIZONERS!!!!!
Ini pula ucapan khas Hari Raya daripada Dato' Siti Nurhaliza melalui SNP & SimplySiti serta dari wakil SNP, Pn. Rozi Abdul Razak:
Dato' Siti Nurhaliza: Salam Lebaran buat seluruh muslimin dan muslimat, kepada peminat-peminat saya, Sitizoners dan seluruh umat Islam. Saya memohon ampun dan maaf jika ada silap/salah yang sengaja atau tanpa disengajakan dan diharapkan agar hari raya Aidilfitri ini memberikan kebahagiaan buat kita semua. Hati2 pulang ke destinasi masing2. Terimalah kad kenang-kenangan daripada saya buat anda semua...
Rozi Abdul Razak: Selamat hari raya semua, ikhlas daripada kami warga Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn.Bhd. Ampun maaf jika ada salah silap kami sewaktu berurusan atau bekerjasama, semoga ukhuwah terus terjalin.
0 Comments



Leave a Reply.

    Archives

    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    July 2014
    June 2014
    May 2014
    March 2014
    February 2014

    Categories

    All
    Cakra Khan
    #campaign
    Fragmen
    Indonesia
    Jaga Dia Untukku
    Konsert Lentera Timur
    Live On TV
    Music
    Official SimplySiti
    Official Site News
    Official Song
    Raya Edition
    Seluruh Cinta
    Sitizoners
    SitizonersFanArt
    Sitizoners Indonesia
    Terbaik Bagimu
    #throwbacktrivia
    Vote

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.